Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua

Laman ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua peniaga yang berniaga dalam negeri Pahang Darul Makmur (secara khususnya) memperkenalkan produk-produk serta pelbagai perkhidmatan yang diusahakan.

Ianya adalah sebagai satu usaha yang kami lakukan untuk kita sama-sama memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan.

Membangun sebagai satu komuniti, kami sedang mencari 1000 outlet di seluruh Malaysia untuk dijadikan sebagai rakan kongsi

Antara usaha yang sedang kami lakukan untuk meningkatkan ruang pemasaran yang ada termasuklah :
  1. Menjadikan produk anda sebagai hadiah percuma untuk semua pelanggan baru kami
  2. Memberikan harga istimewa kepada pelanggan-pelanggan yang bernaung di bawah label PRODUK PAHANG.
  3. Mengatur pelbagai kelas kemahiran kepada bakal agen anda (jika ada) untuk memudahkan lagi anda mengembangkan sayap perniagaan yang diusahakan
  4. Menyediakan khidmat pengagihan kupon-kupon diskaun kepada bakal-bakal pelanggan yang anda sasarkan
  5. Khidmat pemasaran online dan offline
  6. Program 'One Day Crazy Sale' untuk produk-produk dan perkhidmatan dengan harga yang istimewa

Apa saja kaedah perniagaan yang anda usahakan (sama ada anda ada premis atau pun tanpa premis) boleh menyertai kami. 

Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada kami menggunakan ruangan borang pertanyaan yang disediakan di bawah.

Terima kasih